top of page

JDT Pamer Aksi Dominan, Bungkus Kemenangan 4–0 di Sepanyol

  • TW
  • Jul 7, 2025
  • 1 min read

KOTA BAHARU, 7 Julai 2025 – Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kem latihan pramusim mereka di Sepanyol dengan kemenangan meyakinkan apabila menundukkan Real Murcia Imperial 4–0 dalam perlawanan persahabatan pertama di Pusat Latihan Melia Villaitana.


Skuad kendalian Xisco Muñoz jelas mempamerkan dominasi dalam setiap bahagian padang, dengan jaringan awal daripada Bergson da Silva pada minit ke-5 diikuti gol kedua oleh Jairo da Silva pada minit ke-20, sebelum Romel Morales menambah dua gol terakhir pada separuh masa kedua pada minit ke-56 dan ke-64.


Perlawanan ini menandakan permulaan kepada lapan aksi persahabatan yang telah dirancang sepanjang tempoh kem latihan dari 2 hingga 24 Julai. Antara lawan yang akan dihadapi termasuk kelab dari Sepanyol, United Kingdom, Qatar dan Arab Saudi.


Menurut Muñoz, kemenangan awal ini bukan sahaja menunjukkan persiapan fizikal yang baik, malah menjadi penanda aras untuk JDT mengasah taktik dan keserasian sebelum membawa cabaran sebenar di Liga Malaysia, Liga Juara-Juara Asia Elit dan Kejuaraan Kelab ASEAN musim hadapan.


Kejayaan ini diharap menambah momentum positif kepada Harimau Selatan sebelum melangkah ke perlawanan seterusnya menentang Costa City pada 7 Julai, dan beberapa pasukan ternama seperti Cardiff City, Levante UD, Valencia Mestalla serta kelab dari Qatar pada minggu-minggu akan datang .

Comments


bottom of page