top of page

Jaguh Para Negara Pecah Rekod Dunia Lompat Jauh T20

  • E. Guan
  • Sep 29, 2025
  • 1 min read

Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly, sekali lagi mencipta sensasi apabila memecahkan rekod dunia acara lompat jauh T20 di Kejohanan Olahraga Para Dunia di New Delhi, India.


Beliau merekodkan lompatan sejauh 7.67 meter, sekali gus mengatasi rekod dunia terdahulu iaitu 7.64 meter yang diciptanya pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.


Lebih menarik, Abdul Latif terlebih dahulu memecahkan rekod kejohanan dengan catatan 7.61 meter dalam percubaan pertamanya sebelum memperbaharui rekod dunia pada lompatan ketiga.


Pingat perak dimenangi atlet Arab Saudi, Hassan Dawshi (7.36m), manakala Matvei Iakushev (7.22m) dari NPA membawa pulang gangsa.

Comments


bottom of page