top of page

Chen Tang Jie‑Toh Ee Wei Lakar Kemenangan Hebat, Jun Hao Tersingkir Awal di Terbuka China

  • TW
  • Jul 24
  • 1 min read

CHANGZHOU, 24 Julai 2025 – Beregu campuran pilihan keempat negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, mencatatkan kemaraan cemerlang ke suku akhir Terbuka China 2025 selepas menundukkan pasangan tuan rumah, Gao Jia Xuan–Wu Meng Ying, dalam kemenangan straight sets 22‑20, 21‑17 di Pusat Gimnasium Sukan Olimpik Changzhou.


Perlawanan selama 35 minit itu menampilkan kebangkitan dramatik pasangan negara yang hampir tewas 14‑20 pada set pertama sebelum dibalas dengan delapan mata berturut‑turut.


Kejayaan ini menjadikan mereka pasangan pertama negara yang menembusi suku akhir kejohanan berstatus Super 1000 tersebut. Menanti di pusingan seterusnya ialah satu lagi gandingan China, Guo Xin Wa–Chen Fang Hui, yang turut mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan kelima dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran, dengan keputusan sama, 22‑20, 21‑15.


Dalam perkembangan berlainan, pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mengalami nasib malang apabila tewas kepada juara dunia Thailand, Kunlavut Vitidsarn. Keputusan 21‑23, 7‑21 menandakan penyingkiran awal ke‑11 Jun Hao dari 12 kejohanan tahun ini, sekali gus mencerminkan prestasi tidak konsisten pemain negara dalam peringkat antarabangsa 2025.

Comments


bottom of page