Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Gagal Rangkul Kejuaraan, Tewas di Final Masters China
- E. Guan
- Sep 22, 2025
- 1 min read
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sekali lagi berdepan jalan sukar apabila tewas kepada gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, dalam perlawanan akhir Masters China sebentar tadi.
Selepas mencipta kejutan menyingkirkan pasangan tuan rumah semalam, Tang Jie-Ee Wei mara ke final dengan misi menjadi wakil Malaysia pertama bergelar juara kejohanan tersebut. Namun, berdepan pasangan Thailand yang memiliki rekod kemenangan 3-1, mereka dikejutkan dengan kekalahan mudah 8-21 dalam set pertama hanya dalam tempoh 13 minit.
Meskipun cuba bangkit pada set kedua dengan mengutip mata demi mata, usaha Tang Jie-Ee Wei tidak berhasil apabila tunduk 17-21, sekali gus menamatkan cabaran mereka sebagai naib juara.



Comments