Balas Kekalahan di Madrid, Wan Arif-Roy King Ungguli Terbuka Macau
- E. Guan
- Aug 4
- 1 min read
Beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, menyifatkan kejayaan mereka menjuarai Terbuka Macau bukan sahaja sebagai penamat penantian gelaran pertama dalam Siri Jelajah Dunia BWF, malah turut menjadi penebus kekalahan kepada pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Mohamad Reza Pahlevi Isfahani.
Pasangan negara itu sebelum ini tunduk kepada Gutama-Isfahani dalam final Masters Sepanyol pada Mac tahun lalu, namun kali ini tampil lebih mantap untuk merangkul kejuaraan dengan kemenangan 22-20, 21-18.
Selepas perlawanan, Wan Arif berkata: "Kami akhirnya berjaya membalas kekalahan kepada mereka dalam final di Madrid tahun lalu. Kali ini, kami menebus semula kekalahan itu dan saya sangat bersyukur serta gembira."







Comments