“Sikit-Sikit Bising” – Watie Hanifiah Dedah Suami Cerewet Bab Penampilan
- A. Zahid
- Aug 7, 2025
- 1 min read
Pelakon dan pempengaruh media sosial, Watie Hanifiah menarik perhatian ramai apabila secara terbuka berkongsi tentang sikap cerewet suaminya, pelawak terkenal Shuib Sepahtu, terhadap penampilan dirinya — termasuk ketika tidak memakai solekan.
Dalam satu hantaran Instagram Story yang dimuat naik baru-baru ini, Watie berkongsi bahawa dia akhirnya mengambil inisiatif membaiki keadaan giginya yang sebelum ini sedikit rosak, gara-gara ‘teguran manja’ daripada suami tercinta.
“Sekian lama biar je gigi ni terkopak. Pagi ni kita rajinkan diri pergi betulkan sebelum Daddy makin bising. Biasalah, dapat suami jenis cerewet,” tulisnya berseloroh.
Menurut Watie, Shuib sering memberi komen jika beliau keluar rumah tanpa solekan atau apabila solekannya mula tidak sempurna. Malah, perkara kecil seperti gincu yang melekat pada gigi pun boleh mengundang teguran.
“Kalau keluar tak makeup, bising. Makeup crack pun bising. Lipstik kalau ada kat gigi, lagilah bising,” kongsinya lagi dengan nada jenaka.
Walau bagaimanapun, Watie tidak melihat perkara itu secara negatif. Sebaliknya, beliau menganggap teguran suaminya sebagai tanda prihatin dan kasih sayang. Beliau turut menyisipkan mesej manis dalam IG Story berkenaan:“Tapi I love you okay, Daddy.”
Perkongsian bersahaja itu bukan sahaja mencuit hati netizen, malah turut mencerminkan hubungan mesra dan terbuka antara pasangan selebriti tersebut yang sering menjadi perhatian ramai sejak perkahwinan mereka.

Comments